BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan MADANI KUSKOP Diperluas, Beri Impak Kepada Usahawan Kecil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jualan MADANI KUSKOP Diperluas, Beri Impak Kepada Usahawan Kecil​

f0d869c7d157d812086b799ec515fee06a40c31d6e477

ec92e1f328d3e6cdc98dc6ce0a6740d66a40c33534891

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berucap pada Program Jualan MADANI Koperasi (JMK) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 2026 @ DUN Jawi, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Program Jualan MADANI Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) (JMK) dirancang untuk diperluas ke lebih banyak negeri susulan sambutan menggalakkan selain turut membuka peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan koperasi tempatan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata program yang dibiayai menerusi peruntukan dalaman KUSKOP itu telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Johor dan Melaka, dengan perancangan untuk diperluas ke beberapa negeri lain lagi  bergantung kepada kewangan kementerian itu.

“Kita memang dalam perancangan memperluas JMK dan jika peruntukan mencukupi, kita akan bawa program ini ke tempat lain, bukan sahaja Pulau Pinang tetapi di seluruh negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sim ditemui selepas merasmikan Program JMK Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi di Taman Bukit Panchor di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jason H’ng Mooi Lye yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi.

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata program JMK itu melengkapkan inisiatif Jualan Rahmah sedia ada dengan membawa koperasi menyertai usaha kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

Beliau berkata program di Jawi menawarkan lebih 80 jenis barangan termasuk makanan kering, daging, ikan, makanan laut serta barangan keperluan rumah dengan diskaun sehingga 30 peratus.

“Manfaat program ini tidak terhad kepada pengguna yang menikmati penjimatan kos tetapi juga merancakkan aktiviti ekonomi usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi serta penjaja tempatan yang diberi ruang untuk memasarkan produk masing-masing di JMK,” katanya.

Sim berkata program JMK juga berfungsi sebagai pusat sehenti dengan penyertaan 12 agensi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan orang ramai mengakses pelbagai perkhidmatan tanpa perlu hadir ke pejabat agensi berkenaan.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk urusan tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), semakan Wang Tak Dituntut dan khidmat pembiayaan usahawan.

 
Back
Top
Log in Register