BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen Kesedaran Antipenipuan Dalam Talian Perlu Diperluas Ke Luar Bandar - Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kempen Kesedaran Antipenipuan Dalam Talian Perlu Diperluas Ke Luar Bandar - Fahmi​

6afc7ac57e77e92d2347edf6c3e0f7246a7819d1ad613

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil

Kempen kesedaran mengenai penipuan dalam talian atau scam perlu diperkasakan serta diperluas sehingga ke kawasan terpencil bagi melindungi komuniti luar bandar daripada ancaman siber yang semakin meningkat susulan capaian Internet yang meluas.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata usaha meningkatkan kesedaran tidak seharusnya tertumpu kepada program berskala besar di bandar, sebaliknya perlu dibawa kepada peringkat akar umbi menerusi penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan penduduk dan Rukun Tetangga.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memberikan pendedahan secara terus kepada masyarakat, termasuk perkongsian kisah benar daripada mangsa penipuan dalam talian.

“Bukan semua yang dapat datang ke hotel sertai forum atau kempen kesedaran, jadi kita kena bawa program ini ke balai-balai raya, dan kampung-kampung.

“Bila kita sediakan Internet sampai ke kampung-kampung yang terpencil, maksudnya scammer pun dah boleh pergi ke kampung-kampung terpencil tanpa meninggalkan tempat kerja mereka, ini cabaran kita,” katanya ketika berucap pada pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 di sini, hari ini

Hadir sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memohon penurunan sebanyak 476,516 kandungan dalam talian yang melibatkan pelbagai kategori kesalahan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 302,139 ialah kandungan berkaitan perjudian dalam talian, manakala 128,312 lagi kandungan berunsur penipuan.

Beliau berkata Facebook mencatatkan jumlah tertinggi kandungan penipuan yang diminta diturunkan, iaitu sebanyak 67,115 kandungan atau 52 peratus, diikuti TikTok dengan 50,642 kandungan.

 
Back
Top
Log in Register