BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taktik Bahasa Berkod Jual Dadah Dalam Talian Terus Dipantau - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Taktik Bahasa Berkod Jual Dadah Dalam Talian Terus Dipantau - Fahmi​

9edd3d6561926746166add7593269e6c6aa23fe2cf266

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil

Kerajaan sedang memantau taktik licik pengedar yang menggunakan istilah berkod dan akaun palsu, bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak dikesan penyedia platform e-dagang, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata penjual terbabit dikesan tidak menggunakan nama saintifik atau nama sebenar bahan larangan berkenaan, termasuk dadah sintetik berbahaya seperti fentanil, dalam iklan mereka.

“Kadang-kadang mereka menggunakan perkataan yang berbeza. Bagi pengguna, mereka mungkin mengenali dan mampu membeli, tetapi platform tidak tahu itu adalah barang yang terlarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan M360 ASEAN 2026, di sini hari ini.

Fahmi berkata tindakan memantau dan memeriksa perkhidmatan e-dagang akan dilakukan secara berterusan, bagi memastikan tiada ruang diberikan kepada penjualan produk terlarang tersebut.

“Saya akan setiap hari membuat semakan sama ada platform masih membolehkan barang-barang terlarang ini dijual ataupun tidak,” katanya.

Fahmi berkata wakil sebuah platform e-dagang berkaitan telah dipanggil pada Isnin, berhubung isu itu, namun beliau masih menunggu taklimat penuh mengenai hasil perbincangan terbabit.

Beliau menegaskan pendirian tegas kerajaan tidak akan berkompromi dan menuntut syarikat platform agar bertindak proaktif, bukan sekadar menurunkan kandungan hanya selepas aktiviti berkenaan dikesan atau ditularkan.

“Banyak daripada jualan dadah ini berselindung di sebalik akaun palsu. Kita tidak mahu platform membolehkan akaun palsu diwujudkan dengan tujuan menjual produk terlarang atau terlibat dalam aktiviti termasuk judi dalam talian,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan platform e-dagang, yang dikesan menjual dadah sintetik termasuk fentanil yang diadun atau dikaitkan dengan cecair produk vape.

 
Back
Top
Log in Register