BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Sedia Teliti Perluas Takrifan Kemudaratan Dalam Talian - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Sedia Teliti Perluas Takrifan Kemudaratan Dalam Talian - Fahmi​

840a15c610e87607dd1d7168433380bd6a268b23c586e

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir ke Sesi Persidangan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab Mengenai Tingkah Laku Bunuh Diri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan sedia meneliti peluasan takrifan kemudaratan dalam talian bagi merangkumi kandungan bersifat ngeri seperti gambar atau rakaman video kemalangan jalan raya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah itu bertujuan melindungi sensitiviti awam, mangsa serta ahli keluarga selain mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.

Beliau memberi contoh penularan video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) melibatkan insiden kemalangan ngeri yang meragut nyawa enam sekeluarga di Sungai Petani, Kedah, semalam.

"Imagine for the family to see this unfiltered kan? Jadi saya rasa saya harap Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian boleh beri pertimbangan dan menjemput pihak-pihak yang berwajib dari platform-platform untuk mengambil tindakan yang bersesuaian. Kita nak platform-platform sendiri yang ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi Persidangan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Fahmi berkata penularan kandungan sedemikian termasuk insiden melibatkan bunuh diri, berpunca daripada kegagalan platform media sosial menurunkan hantaran berkenaan dan bukannya daripada laporan media.

Beliau berkata antara kekangan utama yang dihadapi ialah kegagalan teknologi kecerdasan buatan (AI) milik syarikat pengendali media sosial mengesan kandungan sensitif yang ditulis dalam bahasa tempatan.

"Masalahnya banyak daripada kandungan kadangkala ditulis dalam bahasa tempatan dan tidak dapat dikesan oleh AI sekiranya platform-platform ini tidak mengadakan sesi libat urus," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian yang dipengerusikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim bagi meneliti perkara itu.

 
Back
Top
Log in Register