BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Platform Media Sosial Diberi Tempoh Selaras Mekanisme Tangani Kandungan Scam, Judi Dalam Talian - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Platform Media Sosial Diberi Tempoh Selaras Mekanisme Tangani Kandungan Scam, Judi Dalam Talian - Fahmi​

0a68a45e7746680eebb8fce2a939958c6a7309356f056

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pengendali platform media sosial diberi tempoh untuk menyelaraskan mekanisme dalaman masing-masing bagi memastikan tindakan menurunkan kandungan berisiko membabitkan penipuan dan judi dalam talian dilaksana secara automatik.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata pengendali platform berkenaan telah menyatakan kesediaan untuk mematuhi keperluan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

“Melalui ONSA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerbitkan apa disebut sebagai CPC dan RMC. Dua kod ini akan diguna pakai untuk pastikan platform-platform mematuhi peraturan berkaitan keselamatan dalam talian termasuk mengenai kandungan scam dan judi dalam talian.

“Kita beri platform-platform ini sedikit masa. Mereka telah menyatakan kesediaan untuk mematuhi tetapi mereka memerlukan sedikit masa untuk penyelarasan mekanisme dalaman untuk menjadikan proses secara automatik untuk menurunkan kandungan yang dikenal pasti ini,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Fahmi berkata keperluan menurunkan kandungan berbahaya secara automatik penting susulan permohonan penurunan kandungan dibuat MCMC khususnya membabitkan judi dalam talian dan scam, melebihi jumlah pada tahun lepas.

“Memang tidak boleh dinafikan jumlah permohonan untuk penurunan yang dibuat oleh pihak MCMC kepada platform khusus berkenaan kandungan judi dalam talian dan juga scam melebihi apa yang dimohon pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata peningkatan jumlah permohonan itu turut memberi implikasi dari segi penggunaan sumber dan masa petugas MCMC kerana setiap permohonan penurunan kandungan mengambil kira-kira 30 minit untuk diselesaikan.

“Setiap satu kandungan memerlukan lebih kurang 30 minit tugasan daripada petugas MCMC. Maka jumlah masa diperlukan untuk jumlah permohonan yang begitu banyak sudah pasti mengakibatkan petugas MCMC membazir banyak masa untuk memfailkan semua dokumen diperlukan," katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mempergiatkan libat urus dengan pengendali media sosial bagi menangani penyebaran kandungan berkaitan tingkah laku bunuh diri di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register