BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Minta Platform Media Sosial Turunkan Lebih 271,000 Kandungan Berkaitan Penipuan Dan Judi - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MCMC Minta Platform Media Sosial Turunkan Lebih 271,000 Kandungan Berkaitan Penipuan Dan Judi - Fahmi​

62d3dda60dac23a4b3fea1eba410af946a12ccc82dbb6

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta penyedia platform media sosial menurunkan sebanyak 271,472 kandungan yang dikenal pasti berkaitan penipuan dan judi dalam talian, sejak 1 Jan hingga semalam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, 91 peratus permintaan tersebut terdiri daripada kandungan berkaitan penipuan dan perjudian dalam talian.

Beliau berkata 81 peratus kandungan perjudian dalam talian dikesan di Facebook, manakala 58 peratus kandungan penipuan dalam talian turut berada di platform sama.

“Saya dimaklumkan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia bahawa pada tahun lepas, bank-bank di Malaysia berjaya menyekat kira-kira RM1.2 bilion yang cuba dicuri oleh penipu, melalui mekanisme keselamatan institusi perbankan sendiri,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam 2026, di sini hari ini.

Beliau berkata situasi itu amat membimbangkan, memandangkan sindiket penipuan dilaporkan telah memperdaya rakyat Malaysia membabitkan kerugian sebanyak RM2.7 bilion tahun lepas.

 
Back
Top
Log in Register