BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekatan Bawah 16 Tahun Tuntut Akauntabiliti Lebih Tinggi Platform Media Sosial - MCMC

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Sekatan Bawah 16 Tahun Tuntut Akauntabiliti Lebih Tinggi Platform Media Sosial - MCMC​

99eed6f58f18b56184e53c063761f4a06a755a04319a7


Pendekatan kawal selia Malaysia mengehadkan akses media sosial bagi pengguna bawah 16 tahun menekankan keperluan supaya platform berkenaan memikul tanggungjawab lebih besar dalam memastikan persekitaran dalam talian yang selamat, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan) MCMC, Eneng Faridah Iskandar menegaskan sekatan itu bertujuan memastikan setiap platform media sosial mengambil langkah proaktif untuk melindungi golongan mudah terdedah kepada risiko, khususnya kanak-kanak bawah umur yang mengakses kandungan dalam talian.

Beliau berkata penyedia platform, sebagai pihak yang membangunkan produk media sosial masing-masing, perlu menentukan dan menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi persekitaran dalam talian.

“Mana-mana pihak yang menyediakan sesuatu produk untuk kegunaan orang ramai di pasaran perlu memastikan produk berkenaan selamat dan terjamin untuk digunakan.

“Pihak yang menyediakan kandungan dalam talian juga perlu mengetahui siapa yang mengakses platform mereka,” katanya dalam program CNA+ Talking Point bertajuk ‘Social Media Ban: Will it Work?’ pada malam Khamis.

Eneng berkata MCMC mempunyai bukti bahawa kanak-kanak berdepan kemudaratan dan sering menjadi mangsa penderaan akibat interaksi mereka di platform media sosial, sambil menegaskan bahawa isu tersebut bukan hanya berlaku di Malaysia, sebaliknya menjadi kebimbangan di peringkat global.

Namun, beliau menjelaskan bahawa MCMC selaku badan kawal selia tidak berhasrat untuk menghukum platform media sosial, sebaliknya mahu bekerjasama dengan penyedia platform bagi menangani pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk melakukan jenayah dalam talian.

“Kami tidak menganggap platform media sosial sebagai musuh. Kami mahu bekerjasama dengan mereka dan memastikan mereka memikul tahap kebertanggungjawaban dan tanggungjawab yang lebih tinggi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register