BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Mempergiat Usaha Literasi Digital Pengguna Media Sosial - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MCMC Mempergiat Usaha Literasi Digital Pengguna Media Sosial - Fahmi​

8f19dbf2c6e975883bc323e5f6ef03686a12b95b1f855

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Pelancaran Program Belia Kreatif Komuniti MADANI di Piazza Pavilion Bukit Jalil hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus mempergiat usaha literasi digital, bagi meningkatkan kefahaman pengguna media sosial mengenai etika serta tanggungjawab ketika berkongsi kandungan dalam talian.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting, bagi memastikan masyarakat lebih peka terhadap implikasi sesuatu perkongsian, khususnya yang melibatkan siasatan pihak berkuasa atau maruah mangsa dan keluarga mereka.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata pengguna media sosial, perlu memahami bahawa tidak semua kandungan wajar dikongsikan secara terbuka, terutama rakaman yang memaparkan insiden tragis atau berunsur sensitif, kerana ia berpotensi mengganggu siasatan selain menyentuh sensitiviti mangsa dan keluarga mereka.

“Kadangkala dalam sebaran video-video ngeri, ada elemen yang mungkin menyinggung keluarga mangsa dan kita perlu sensitif terhadap perkara itu.

“Di pihak media, biasanya media faham bahawa ada batas-batas tertentu untuk menjaga aib mangsa sebagai contoh. Tetapi bagi orang awam, mungkin mereka tidak terlalu cakna mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Fahmi turut meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika memuat naik atau menyebarkan kandungan di media sosial serta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya sesuatu kes masih dalam siasatan.

“Kalau ada elemen siasatan, kita tidak mahu sehingga siasatan itu terganggu. Kalau ada elemen aib kepada keluarga mangsa, maka kita mohon terutama apabila keluarga mangsa meminta supaya mereka dihormati, saya harap kita boleh memberikan kerjasama,” katanya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai, supaya lebih bertanggungjawab sebelum memuat naik rakaman video berkaitan kejadian jenayah atau salah laku menerusi media sosial, kerana tindakan itu boleh menjejaskan siasatan selain memberi implikasi dari sudut perundangan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Noor Hisam Nordin berkata terdapat segelintir pihak yang terlalu ghairah mengejar perhatian di media sosial, tanpa memahami kesan terhadap siasatan pihak berkuasa.

 
Back
Top
Log in Register