Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan sebelum merasmikan Program Jom Baca Bersama peringkat Kementerian Komunikasi 2026 bertemakan ‘Membaca Membina Bangsa’ di sini hari ini.
—fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hampir selesai melaksanakan sesi libat urus dengan platform media sosial berhubung pelaksanaan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sejak awal tahun, MCMC mengadakan sesi libat urus bersama semua platform media sosial serta beberapa pihak berkaitan termasuk MyDigital ID.
“Hasratnya adalah proses verifikasi akan manfaatkan MyKad, pasport dan juga MyDigital ID bagi tujuan pengesahan umur.
“Jadi saya difahamkan pihak MCMC hampir selesai proses dengan platform-platform media sosial. Saya akan dapat sedikit maklumat daripada MCMC sebelum kita umumkan tarikh penguatkuasaan bagi mengehadkan pembukaan akaun baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama peringkat Kementerian Komunikasi 2026 bertemakan ‘Membaca Membina Bangsa’ di sini hari ini.
Fahmi berkata pembukaan akaun baharu di media sosial dihadkan kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas dan mereka di bawah umur itu tidak dibenarkan sama sekali membuka akaun.
Beliau memaklumkan maklum balas daripada platform media sosial setakat ini adalah positif dengan sesi libat urus berjalan lancar.
“Kita nampak ada platform yang sangat-sangat ke depan. Platform seperti Bigo sebagai contoh, mereka memang dari awal menggunakan mekanisme pengesahan identiti.
“Malah dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, saya dihubungi oleh satu pihak yang mewakili sejumlah penyedia perkhidmatan eKYC di peringkat antarabangsa.
Sesi Libat Urus eKYC Dengan Platform Media Sosial Hampir Selesai - Fahmi
Fahmi, eKYC, remaja, akaun, media sosial, penggun