Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan melaksanakan program percubaan kawal selia atau sandbox bermula 1 Jan tahun depan bagi menilai mekanisme perlindungan kanak-kanak dan keselamatan pengguna dalam ruang digital sebelum dikuatkuasakan secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama yang diketuai Ketua Pengarang, Arul Rajoo Duraj Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, Mohd Shukri Ishak, dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Ekonomi, M. Saraswathi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneruskan sesi libat urus dengan penyedia platform media sosial bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan tempatan, yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Jan 2026, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata maklum balas yang diterima daripada penyedia platform terhadap libat urus yang dilaksanakan MCMC setakat ini berbeza-beza, dengan sebahagian daripadanya menunjukkan tahap kerjasama tinggi dalam menangani kandungan bermasalah, manakala ada juga yang masih kurang memberikan komitmen.
“Ada platform yang sangat proaktif, tetapi ada juga yang apabila kita salurkan aduan atau maklumat, langsung tidak diendahkan,” katanya dalam temu bual khas bersama Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Ekonomi M. Saraswathi.
Fahmi berkata meskipun platform media sosial dengan lebih lapan juta pengguna tidak perlu memohon lesen secara rasmi seperti diumumkan oleh MCMC sebelum ini, namun undang-undang Malaysia tetap terpakai ke atas mereka.
Beliau berkata ini kerana kerajaan mahu memastikan platform media sosial di Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan dan aktiviti di platform masing-masing.
“Kita sudah beri peluang ... ada yang akur, ada yang memberikan pelbagai alasan. Tetapi realitinya, masalah jenayah dalam talian tidak berkurangan, malah semakin merisaukan,” katanya.
Beliau berkata kes penipuan dalam talian kini berlipat ganda, selain peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti deepfake, serta kegiatan perjudian dalam talian yang dilihat sukar dibendung.
Fahmi turut merujuk laporan antarabangsa yang mendedahkan bahawa terdapat platform tertentu yang menjana pendapatan melalui iklan penipuan, sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai tanggungjawab penyedia perkhidmatan digital.
MCMC Teruskan Libat Urus Dengan Platform Media Sosial, Tegaskan Pematuhan Undang-undang - Fahmi
Fahmi Fadzil, MCMC, libat urus, penyedia platform,