BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kod CPC Mekanisme Sahkan Umur Yang Praktikal, Selamat Bagi Media Sosial - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kod CPC Mekanisme Sahkan Umur Yang Praktikal, Selamat Bagi Media Sosial - Fahmi​

e04403d4351ca25522e7d6388903b6a56a3b71b09c1b7

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) menetapkan mekanisme pengesahan umur yang selamat, praktikal dan bertanggungjawab bagi memastikan hanya pengguna yang layak dibenarkan mengakses platform media sosial.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata CPC bersama Kod Pengurangan Risiko (RMC) diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 22 Mei lepas, dan mula berkuat kuasa pada 1 Jun di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866].

Beliau berkata kedua-dua kod itu bertujuan mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat, khususnya bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dan kemudaratan dalam talian.

"Di bawah CPC, pemberi perkhidmatan berlesen yang menawarkan perkhidmatan media sosial diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur, dan bukannya pengesahan identiti bagi memastikan pematuhan terhadap had umur minimum yang ditetapkan.

"Pengguna yang telah mencapai umur 16 tahun dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun media sosial, manakala individu di bawah umur tersebut tidak dibenarkan membuka atau memiliki akaun media sosial sehingga mencapai umur yang ditetapkan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai tujuan pelaksanaan pengesahan umur bagi akaun media sosial, serta langkah memastikan akses kepada data peribadi dihadkan dan dipadam selepas digunakan.

Fahmi berkata pelaksanaan mekanisme itu hendaklah dibuat dengan selamat, praktikal dan menghormati privasi pengguna, selaras dengan keperluan yang ditetapkan di bawah CPC.

Pemberi perkhidmatan media sosial juga dikehendaki memastikan proses itu mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan data peribadi, termasuk prinsip peminimuman data, dan pengehadan tujuan dengan mengehadkan pengumpulan data kepada maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengesahan umur serta melupuskannya setelah selesai.

Beliau berkata mekanisme pengesahan umur perlu dilaksanakan berasaskan dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan Malaysia seperti MyKad, pasport, sijil kelahiran atau dokumen lain yang diiktiraf kerajaan.

 
Back
Top
Log in Register