BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara Sebagai Warisan Negara, Demi Perpaduan - Aaron

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara Sebagai Warisan Negara, Demi Perpaduan - Aaron​

fc02a183dd66531f978ebe76710d992d6a45ff4f73fa2

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib melakukan simbolik perasmian Minggu Kenangan P.Ramlee 2026: Sepanjang Riwayatku dan Sambutan 100 Tahun Rumah Kelahiran P.Ramlee di Auditorium P.Ramlee di sini hari ini.

Turut sama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (kiri).


Kerajaan komited memelihara dan memartabatkan legasi Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee sebagai khazanah warisan seni negara yang menjadi medium penting dalam memperkukuh perpaduan dan identiti nasional.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata karya Allahyarham bukan sekadar koleksi filem dan lagu, malah suatu warisan budaya dan memori kolektif yang membentuk kesedaran sejarah serta jati diri rakyat Malaysia merentasi generasi.

“Allahyarham telah menghasilkan karya segar yang bukan sahaja mencorakkan landskap seni tanah air, malah mengangkat nilai kemanusiaan dan perpaduan.

“Seni mempunyai kuasa yang luar biasa dalam menyatukan rakyat kerana ia membentuk kesedaran kolektif, iaitu ruang bersama yang membolehkan rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan latar budaya berkongsi emosi, nilai serta aspirasi, sekali gus membina identiti bersama serta memperkukuh kohesi sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Minggu Kenangan P. Ramlee 2026: Sepanjang Riwayatku dan Sambutan 100 Tahun Rumah Kelahiran P. Ramlee di Auditorium P. Ramlee di sini hari ini yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib dan turut dihadiri isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Aaron berkata dalam konteks Malaysia yang majmuk, seni merupakan bahasa kemanusiaan yang merentasi sempadan kaum, agama dan budaya, sekali gus memupuk empati, menyemai rasa memiliki dan mempertemukan kepelbagaian dalam satu naratif kebangsaan.

Bagi memastikan legasi seniman agung itu terus dipelihara, beliau memaklumkan Arkib Negara Malaysia telah menubuhkan dua institusi khas iaitu Rumah Kelahiran P. Ramlee di Jalan P. Ramlee di sini dan Pustaka Peringatan P. Ramlee di Kuala Lumpur.

“Rumah Kelahiran P. Ramlee yang dibina pada 1926, mempunyai dua bahagian utama skop pameran iaitu menunjukkan living areas semasa Allahyarham menduduki rumah tersebut dan riwayat hidup Allahyarham semasa di Pulau Pinang.

“Pustaka Peringatan P. Ramlee pula menghimpunkan pelbagai koleksi berharga yang merakam perjalanan kerjaya dan sumbangan beliau kepada dunia seni termasuk bahan biografi, anugerah, artifak, kostum, memorabilia, koleksi filem serta pameran berkaitan Biduanita Negara Puan Sri Saloma yang membolehkan generasi kini mengenali tokoh seni negara ini dengan lebih dekat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register