BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan Minggu Perpaduan Perkukuh Keharmonian, Pelihara Warisan - Aaron

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
967919c1b3bb9a79fd251ea90e94e3eb69ff4f947409c

fb Kementerian Perpaduan Negara

Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) terbukti memberikan impak besar sebagai platform utama rakyat pelbagai bangsa, budaya dan bahasa untuk berintegrasi, bersantai dan memperkukuh keharmonian negara.

​Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata program utama yang kini menghampiri tahun ketiga penganjurannya berjaya menyediakan ruang untuk masyarakat berbilang latar belakang berkumpul di satu tempat yang sama.

"SMP tahun ini lebih unik apabila dilaksanakan secara zon, melibatkan negeri yang mempunyai kekuatan budaya dan warisan tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Selatan 2026 dan Arkib Komuniti 2026 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir di sini, hari ini.

Aaron berkata kementerian sentiasa melakukan kajian dan analisis pascaprogram bagi menilai keberkesanan inisiatif berkenaan, terutamanya dari sudut sambutan serta penerimaan rakyat.

"Analisis dari segi sambutan, penerimaan dan penyertaan masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan, dan kita melihat peningkatan angka ini setiap tahun," katanya.

Aaron berkata impak penyatuan rakyat tidak hanya diukur menerusi program fizikal, tetapi juga dinilai secara holistik melalui Indeks Perpaduan yang turut menjadikan tadbir urus dan pembangunan sosioekonomi sebagai faktor utama ukuran.

​Berdasarkan indeks berkenaan, beliau berkata Pahang mencatat bacaan perpaduan tertinggi didorong oleh tahap ekonomi dan penyatuan masyarakat negeri itu yang sudah sedia kukuh.

​Berbanding Sarawak pula, katanya, keharmonian sosial berada pada tahap cemerlang tanpa sebarang isu perkauman, meskipun bacaan indeks bagi wilayah itu turut dipengaruhi oleh kelompangan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, serta isu berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

 

Sipi Lagi Nak Bertumbuk Ketika Program Kementerian Perpaduan?!​

Pagi ini berlangsung satu sesi libat urus anjuran Kementerian Perpaduan Nasional — siap ada drama lagi.

 
Back
Top
Log in Register