BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usaha Perkukuh Perpaduan Perlu Berterusan, Menyeluruh - Aaron

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Usaha Perkukuh Perpaduan Perlu Berterusan, Menyeluruh - Aaron​

d002b94b70b33c3a406caa1ecdd26d8c6a2d263087c3a

kredit: FB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa perpaduan tidak boleh dibentuk melalui satu program semata-mata, sebaliknya memerlukan usaha berterusan, konsisten dan menyeluruh.

Beliau berkata perpaduan bukan bersifat one-off, tetapi satu komitmen berpanjangan yang perlu dibina, sekali gus diperkukuh dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, Aaron berkata kementerian telah melaksanakan sebanyak 762 program merangkumi pengukuhan jati diri, kenegaraan, kesukarelawanan, pembangunan komuniti serta keharmonian antara agama pada tahun lepas.

"Pelaksanaan ini mencerminkan pendekatan menyeluruh dalam memperkukuh perpaduan nasional. Hasilnya dapat dilihat dengan jelas melalui Indeks Perpaduan Nasional 2025 apabila perpaduan rakyat Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan skor 0.701, tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

"Peningkatan ini menunjukkan trend konsisten sejak 2018, apabila indeks merekodkan 0.567, meningkat kepada 0.629 pada 2022 dan 0.701 pada 2025, sekali gus melepasi paras sederhana tinggi serta mencapai sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.

Aaron berkata demikan ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Mengulas lanjut, Aaron berkata kementeriannya sentiasa komited dalam memperkukuh pembangunan komuniti pada peringkat akar umbi melihat peranannya sebagai barisan hadapan perpaduan negara yang paling hampir dengan rakyat.

Beliau berkata gerakan komuniti diperkasakan antara lain menerusi 8,615 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melibatkan kira-kira 250,000 anggota yang memberikan manfaat kepada lebih 12 juta rakyat Malaysia, dengan pelaksanaan lebih 100,000 aktiviti pada tahun lepas.

 
Back
Top
Log in Register