BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aaron Ucap Selamat Menyambut Good Friday, Ajak Rakyat Perkukuh Perpaduan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
659752c89ad63f733e863b64e9f2f75269cf26f030d9a

Kredit : Laman Facebook Kementerian Perpaduan Negara

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan selamat menyambut Good Friday kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan tersebut, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau mengajak orang ramai agar menghayati nilai pengorbanan dan kasih sayang yang menjadi teras kepada kemanusiaan sejagat.

Ahli Parlimen Kanowit itu juga berharap agar keberkatan hari suci itu diisi dengan kedamaian dan menguatkan semangat cinta sesama insan tanpa mengira latar belakang, agama atau bangsa.

Beliau berkata sikap saling menghormati, memahami dan menyantuni antara satu sama lain merupakan asas kepada perpaduan negara yang kukuh dan harmoni.

“Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita terus memupuk kesatuan dan memperkukuh jalinan perpaduan demi masa depan yang lebih aman dan sejahtera.

“Semoga Good Friday yang suci ini membawa makna yang mendalam kepada anda. Semoga segala berkat pada hari yang mulia ini memenuhi hati anda dengan ketenangan dan hidup penuh kasih sayang,” katanya.

Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan merupakan hari cuti umum bagi Sabah dan Sarawak.

 
Back
Top
Log in Register