BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Kabinet Ucap Selamat Menyambut Ramadan, Seru Perkukuh Perpaduan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4c678562fbc79173e48e3a1977223a6169956e59e7654


Barisan Menteri Kabinet hari ini menyampaikan ucapan salam Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang akan memulakan ibadah puasa esok dengan menyeru agar bulan mulia ini dijadikan ‘madrasah’ untuk memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah dan mengelak pembaziran.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu hantaran di Facebook berkata ibadah puasa bukan sekadar menahan diri, tetapi juga waktu terbaik untuk memperbaiki hubungan dengan pencipta dan sesama manusia.

“Semoga setiap doa yang dipanjatkan, setiap amal yang dilakukan, dan setiap air mata yang jatuh dalam diam menjadi asbab turunnya rahmat dan keampunan-Nya,” katanya.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata dalam semangat Malaysia MADANI, teras ihsan perlu dijadikan pegangan sepanjang Ramadan termasuk dalam tutur kata, tindakan dan cara melayani perbezaan.

“Kita harus ingat bahawa kekuatan sebuah negara lahir daripada rakyat yang saling memahami. Setiap kali kita memilih untuk memahami, kita sedang menyelamatkan masa depan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut menyampaikan ucapan ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang mendoakan seluruh umat Islam diberikan kekuatan untuk meningkatkan amal ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan maghfirah ini.

“Bulan yang istimewa dan sangat dinanti-nantikan tiba jua. Selamat menunaikan ibadah berpuasa,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan pula mendoakan agar Islam terus subur dan terjamin di bumi Malaysia.

“Semoga Ramadan 1447H membawa keberkatan dan mendekatkan kita kepada-Nya,” katanya dalam hantaran di Facebook yang turut memaparkan beliau menyertai Majlis Cerapan Hilal di Menara Kuala Lumpur, semalam.

 
Back
Top
Log in Register