BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aaron Ucap Selamat Chap Goh Mei, Seru Rakyat Kekal Perpaduan Dan Keharmonian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
41b5da38b89afdcc835a2c0b65b770f869a6a49bd9d07

Kredit : FB Aaron Ago Dagang

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan selamat menyambut Chap Goh Mei kepada masyarakat Tionghua di negara ini, sambil menyeru rakyat untuk terus memelihara perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata Chap Goh Mei bukan sekadar penutup sambutan Tahun Baharu Cina, sebaliknya melambangkan harapan, kasih sayang dan kebersamaan.

Aaron berkata di Malaysia, setiap perayaan membuka ruang untuk masyarakat lebih mendekatkan hati, merapatkan jurang serta mengukuhkan nilai kekeluargaan merentasi kaum dan agama.

“Kepelbagaian yang kita miliki adalah aset negara yang tidak ternilai dan mesti dipertahankan dengan kebijaksanaan serta keikhlasan. Sensitiviti agama dan kaum jangan sekali-kali dipolemikkan atau dijadikan bahan perpecahan,” katanya.

Aaron berkata usaha mengekalkan keharmonian memerlukan rakyat sentiasa mencari titik persamaan selain mengutamakan sikap saling memahami dan menghormati.

Ini termasuk mengamalkan sikap memahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum bersuara dan menghormati pihak lain sebelum bertindak.

“Negara yang bersatu padu ialah negara yang kuat, stabil dan diyakini. Perpaduan adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register