BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelihara Perpaduan Teras Keamanan Negara - Aaron

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
ac7073a7c0d560ebce2c1d42728afb9469d1cadad1c5f

kredit FB Aaron Ago Dagang

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara hubungan antara agama dengan penuh hormat dan kasih sayang demi memastikan keharmonian negara kekal terpelihara.

Beliau menerusi hantaran Facebook sempena sambutan Easter berkata Malaysia dibina atas asas kepelbagaian, justeru keamanan dan perpaduan perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di negara ini.

“Negara yang aman dan damai mempunyai keupayaan untuk bersaing serta memberi sumbangan pada peringkat global,” katanya.

Aaron berkata kekuatan Malaysia lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati serta bekerjasama demi masa depan yang lebih gemilang.

“Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat muhibah dan perpaduan dalam setiap tindakan demi Malaysia yang kita cintai,” katanya.

Pada hantaran itu, beliau berharap keajaiban Easter membawa harapan baharu dan kegembiraan kepada semua.

 
Back
Top
Log in Register