combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PGA Sarawak Rampas Vape, Rokok Bernilai Lebih RM160,000
Kredit: FB Briged Sarawak PGA
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 1,279 unit peranti rokok elektronik, 19.24 liter cecair vape serta pelbagai jenis rokok bernilai lebih RM160,000 menerusi Ops Bersepadu E-Cigarette Sarawak pada Rabu lepas.
Komander PGA Briged Sarawak Senior Asisten Komisioner Lim Bak Phai berkata operasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dijalankan secara serentak di seluruh Sarawak.
Beliau berkata sebanyak 30 premis diperiksa dalam operasi tersebut melibatkan daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Betong, Mukah, Sibu, Miri dan Limbang.
“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 14 premis disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan dan pengedaran peranti rokok elektronik yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.
“Pelbagai jenis rokok disyaki dijual dengan melanggar syarat permit premis turut ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lim berkata sebanyak 32 individu terdiri daripada pekerja premis turut diperiksa sepanjang operasi berkenaan.