BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Rampas Rokok Putih Dianggar Bernilai RM374,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

PGA Rampas Rokok Putih Dianggar Bernilai RM374,000​

8407ac96b8a541ed1b38bd7871cf67c8677d2375c3608


Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 200,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dianggarkan bernilai RM374,000 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kok Bedullah, Tumpat awal pagi tadi.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan dilakukan kira-kira 2 pagi oleh Strike Force Kompeni C, Batalion 9 PGA Kuala Terengganu dengan kerjasama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan.

Beliau berkata rampasan dibuat selepas anggota PGA yang menjalankan rondaan bermotosikal mengesan sebuah Proton Preve di Kampung Geting sebelum pemandunya memecut sejauh kira-kira dua kilometer.

“Kenderaan itu kemudian terbabas ke dalam tali air di Kampung Kok Bedullah manakala pemandunya melarikan diri dan gagal dikesan.

“Hasil pemeriksaan menemukan beberapa guni berisi kotak mengandungi 200,000 batang rokok putih itu yang dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata rokok berserta Proton Preve bernilai RM26,000 itu diserahkan kepada JKDM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register