BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Rampas Rokok Bernilai Lebih RM140,000 Di Kota Bharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

PGA Rampas Rokok Bernilai Lebih RM140,000 Di Kota Bharu​

161ffb5c6587cdf8c10af2d7d9cbd559699069f61cc54

SAC Ahmad Radzi Hussain

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok putih dan kretek yang disyaki diseludup bernilai RM148,276.80 dalam serbuan di sebuah rumah dekat Jalan Kuala Krai di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan Ops Taring Wawasan Kelantan kira-kira 10.30 malam itu dilakukan anggota Batalion 9 PGA dengan dibantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Beliau berkata hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemukan beberapa kotak berwarna coklat mengandungi 80,000 batang rokok putih dan 2,160 batang rokok kretek yang dipercayai tidak bercukai.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan kerana rumah itu tidak berpenghuni ketika serbuan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata semua barang rampasan telah dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kelantan untuk tindakan lanjut dan rokok itu disyaki untuk dipasarkan di sekitar daerah Kota Bharu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan pihaknya sedang mengesan pemilik rumah berkenaan bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register