BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Rampas Rokok Putih Bernilai RM320,000, Seorang Lelaki Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141
07c3da2985eed6dc8396a3ce01dc29e8694d0969bcfc6

Kredit: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA)

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran rokok secara haram menerusi Ops Taring Alpha 1 di Klang, Selangor pada Rabu lepas.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Amanjit Singh berkata dalam serbuan pada 2.30 petang itu, pihaknya turut merampas 750 karton rokok putih tidak berkastam dan sebuah kenderaan jenis Nissan Almera disyaki digunakan untuk aktiviti pengedaran.

“Hasil keseluruhan rampasan dalam serbuan terbabit dianggarkan RM320,000.

“Lelaki berusia 60 tahun dan kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang (IPD) Selatan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 167,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amanjit berkata operasi tersebut dilaksanakan Cawangan Perisikan Batalion 4 PGA Semenyih dan bahagian siasatan jenayah IPD Klang Selatan.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang .

 
Back
Top
Log in Register