BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Rampas Rokok Seludup, Vape Bernilai RM12.7 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Polis Rampas Rokok Seludup, Vape Bernilai RM12.7 Juta​

e1cb5a063351c662845d3092c8db3ea16a74286a2e277

0d8b4ae165dbf5f2e890e826dfbd51a96a74285ca43a0

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pada sidang media Operasi Taring Alpha hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas rokok seludup dan peranti rokok elektronik atau vape bernilai lebih RM12.7 juta dalam siri serbuan di Lembah Klang, menjadikan rekod nilai rampasan keseluruhan tahun ini kepada RM280.4 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejayaan terbaru itu direkodkan menerusi operasi bersepadu Ops Taring Alpha 1 dan 3 pada 27 serta 28 Julai.

“Serbuan Ops Taring Alpha 1 di sebuah premis di Puchong, Selangor pada 27 Julai menahan tiga warga tempatan dan merampas 166 peti mengandungi lebih 1.6 juta batang rokok jenama John JDB bernilai kira-kira RM3.3 juta dipercayai tidak bercukai,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Yusri  berkata Ops Taring Alpha 3 pada 28 Julai di sebuah premis di Batu Caves, Selangor menahan lima individu dan merampas pelbagai produk vape bernilai RM9.4 juta.

Beliau berkata rampasan melibatkan 131,036 kotak produk vape Salthub Zero, 4,900 botol cecair vape serta 25,510 unit peranti pelbagai jenama dengan anggaran harga pasaran antara RM50 hingga RM400 seunit.

Mohd Yusri berkata kesemua suspek dan barang kes diserahkan kepada agensi berkaitan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Perintah Perihal Dagangan 2022, Akta Perihal Dagangan 2011 serta Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Selain itu, beliau berkata kebanyakan barangan kontraban itu diseludup masuk dari China melalui laluan laut, sebelum disimpan di premis yang dijadikan stor di sekitar Lembah Klang untuk diedarkan kepada peruncit bagi pasaran tempatan.

“Siasatan awal mendapati sindiket penyeludupan menggunakan modus operandi membuat pengisytiharan palsu di pintu masuk bagi mengaburi pihak berkuasa ketika cuba menyeludup masuk barangan tersebut,” katanya.

Mengenai pencapaian keseluruhan Jabatan KDNKA, beliau berkata Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) merekodkan sebanyak 236 kes dan 411 tangkapan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 31 Julai.

 
Back
Top
Log in Register