BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Rampas Vape Bernilai Lebih RM3 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,770
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,770
Reaction score
289
Points
146
6d83c4dc31651efc980b0789bae95f40698bf1996ad7a


Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain merampas pelbagai produk rokok elektronik atau vape bernilai lebih RM3 juta menerusi Operasi Bersepadu E-Cigarette Mega serentak di Kelantan, Pahang dan Terengganu, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata operasi dari 2 hingga 6 petang melibatkan 18 siri serbuan premis menjual rokok elektronik, iaitu tujuh di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan; tiga di Terengganu (Kuala Terengganu dan Jerteh) dan lapan di Kuantan, Pahang.

“Sebanyak 193.53 liter cecair pelbagai perisa, 10,745 unit peranti vape dan 1,287 unit aksesori dirampas selain 18 lelaki tempatan ditahan untuk siasatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Pihak KKM dan PBT telah mengeluarkan denda dan kompaun berjumlah RM145,250 di tiga negeri tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata operasi melibatkan 157 pegawai dan anggota PGA, 100 pegawai KKM, 59 petugas PBT dan 25 pegawai LHDN.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu dibuat mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) serta undang-undang kecil pelesenan tred dan perindustrian.

“PGA akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi membanteras aktiviti penjualan rokok elektronik demi melindungi kesihatan awam,” katanya.

 
kedai vape byk dimonopoli melayu...tokan kartel rokok byk bangsa asing...aku lagi tak suka asap rokok...vape ok lagi
 
Back
Top
Log in Register