BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kastam Pulau Pinang Rampas Rokok, Arak Bernilai RM2.52 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,176
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,176
Reaction score
346
Points
141

Kastam Pulau Pinang Rampas Rokok, Arak Bernilai RM2.52 Juta​

1c237ac27c4f1a0ef6847616066d37746a84380ac0307


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras menerusi tiga serbuan berasingan di negeri itu dan Kedah pada Julai lepas dengan nilai rampasan berjumlah RM2.52 juta termasuk cukai.

Pengarah JKDM Pulau Pinang Hasbollah Din berkata dalam serbuan pertama kira-kira 2 petang pada 10 Julai lepas, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Kulim, Kedah dan pemeriksaan menemukan 205,880 batang rokok serta 12,464.20 liter minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk duti dan cukai dianggarkan RM1,286,644.63. Semasa serbuan dijalankan, tiada individu di premis berkenaan namun sindiket dipercayai menyewa kediaman itu untuk menyimpan semua barangan terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hasbollah berkata dalam serbuan kedua kira-kira 3.30 petang pada hari sama di sebuah rumah di Bukit Mertajam, pemeriksaan menemukan 31,840 batang rokok serta 5,945.30 liter minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam bernilai RM398,449.55 termasuk duti dan cukai.

Katanya dalam serbuan ketiga pada 31 Julai kira-kira 6.30 petang di sebuah rumah di Sungai Jawi, JKDM menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun serta merampas 777,400 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM843,827.60 termasuk duti dan cukai.

Hasbollah berkata modus operandi bagi ketiga-tiga kes itu adalah dengan menyembunyikan rokok dan minuman keras tidak berkastam di dalam rumah yang dijadikan stor bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Ketiga-tiga serbuan itu tidak berkaitan antara satu sama lain dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket terlibat.

"Siasatan mendapati rokok dan arak diseludup dari negara lain itu untuk diedarkan ke pasaran tempatan kerana ada beberapa jenis arak yang dirampas tidak boleh dijual di negara kita kerana kandungan alkohol melebihi had dibenarkan," katanya.

Hasbollah berkata ketiga-tiga kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

 
Back
Top
Log in Register