kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kastam Sita Rokok, Arak Seludup Bernilai Hampir RM700,000
Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi (tengah) bersama anggotanya menunjukkan rokok dan minuman yang dirampas dalam empat serbuan berasingan di Batu Pahat dan Bahau, Negeri Sembilan, ketika sidang media di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Batu Pahat hari ini.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaskan kegiatan pengedaran rokok dan arak seludup menerusi empat serbuan berasingan di Batu Pahat, Muar dan Negeri Sembilan pada Jun dan Julai lepas, membabitkan sitaan keseluruhan bernilai RM698,328.
Pengarah Kastam Johor Aminul Izmeer Mohd Suhaimi berkata serbuan pertama pada 11 Jun di sebuah rumah di Taman Bahagia, Batu Pahat menemukan 22,560 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama serta 394.42 liter minuman keras disyaki tidak bercukai.
“Turut disita sebuah Toyota Vellfire bernilai RM180,000, dengan anggaran nilai barangan dan cukai keseluruhan mencecah RM239,513,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan kedua pada 25 Jun di sebuah kediaman di Kampung Parit Kassim, Batu Pahat, JKDM merampas 134,430 batang rokok putih dan kretek serta 501.25 liter arak yang disembunyikan di dalam sebuah bilik, dengan anggaran nilai rampasan termasuk duti dan cukai sebanyak RM173,101.
Menurutnya, serbuan ketiga pada 6 Julai pula menyaksikan pegawai dan anggota JKDM Batu Pahat menjejak serta menahan sebuah Proton X70 di Jalan Kim Kee, Muar sebelum menemukan 39,600 batang rokok putih yang dipercayai tidak bercukai.
Beliau berkata serbuan keempat pada 8 Julai di sebuah rumah di Bahau, Negeri Sembilan serta sebuah Mercedes-Benz CLA 200 yang berada di lokasi menemukan 64,800 batang rokok pelbagai jenama, dengan anggaran nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM173,483.
Aminul Izmeer berkata kesemua serbuan itu membawa kepada penahanan empat lelaki tempatan berusia 20 hingga 60 tahun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.