BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN N Sembilan: Bersatu tumpas buat kali ketiga berturut-turut

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

PRN N Sembilan: Bersatu tumpas buat kali ketiga berturut-turut​

cc8c2e91-11_muhyiddin_yassin_bersatu_prn_negeri_sembilan_nilai_moganraj_fmt_17072026-copy-2.jpg

Kekalahan menyeluruh Bersatu pada PRN Negeri Sembilan berlaku hanya tiga minggu selepas parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Johor.

Parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu bertanding di dua pertiga daripada keseluruhan kerusi DUN selepas mengambil haluan berbeza daripada Perikatan Nasional (PN) pimpinan PAS, yang menjalin persefahaman pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu menyaksikan Bersatu bertembung dengan rakan dalam PN, iaitu PAS dan Parti Wawasan Negara, di lapan kerusi.

Bagaimanapun, Bersatu tidak bertembung dengan dua lagi parti yang bersama PN, iaitu Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Bersatu turut kehilangan dua kerusi disandangnya, iaitu Labu kepada BN dan Gemas kepada PN.

Bersatu juga gagal memberi saingan ketara di beberapa kerusi seperti Sikamat, Temiang, Rahang dan Seremban Jaya.

Calonnya ketinggalan jauh di kawasan berkenaan dan dijangka kehilangan deposit.

Sebelum pilihan raya, penganalisis politik menjangkakan penyertaan Bersatu akan memecahkan undi Melayu di kerusi marginal, sekali gus memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, jangkaan itu tidak menjadi kenyataan apabila calon Bersatu hanya meraih sedikit undi dan gagal mengurangkan majoriti BN-PN dengan ketara.

Prestasi buruk itu menjadi tamparan besar kepada Bersatu, yang mahu membuktikan kekuatan pengaruhnya selepas PAS memilih untuk bekerjasama dengan BN pada PRN berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register