afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PRN N Sembilan: Lawan komponen, PN ada asas kukuh singkir Bersatu
Naib Presiden Bersatu yang kini dalam penggantungan, Ronald Kiandee berkata keputusan letak calon lawan parti komponen asas kuat PN mengeluarkan Bersatu.
Ronald yang juga naib presiden digantung Bersatu, berkata Majlis Tertinggi PN kini mempunyai asas kukuh menyingkirkan parti itu.
“Tindakan Bersatu untuk meletak calon bagi menentang calon-calon PN di lapan DUN pada PRN Negeri Sembilan jelas menunjukkan pendirian parti itu tidak lagi mahu bersama PN.
“Majlis Tertinggi PN mempunyai asas yang kukuh untuk mengeluarkan Bersatu daripada gabungan parti PN,” katanya dalam catatan di Facebook.
Bersatu mempertatuhkan 24 calon pada PRN Negeri Sembilan dengan pertembungan berlaku di empat kerusi ditandingi PAS, di Serting, Ampangan, Paroi, dan Bagan Pinang.
Bersatu juga akan bersaing dengan Parti Wawasan Negara (Wawasan) di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas. Wawasan merupakan komponen PN baru diterima masuk yang diterajui bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.
Pada Mac lalu, Ronald dan Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin digantung keahlian selama dua penggal kerana didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
Ronald yang menzahirkan rasa tidak puas hati turut mencabar kepimpinan parti memecatnya jika benar melakukan kesalahan serius.
Ahli Parlimen Beluran itu berkata, keputusan sekadar menggantung keahliannya menimbulkan tanda tanya, memandangkan beliau menganjurkan program ‘Reset’ diketuai Hamzah yang dipecat parti 13 Feb lalu, selain menghadiri pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi di Bangkok.
