BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN N Sembilan: Ujian penting persefahaman BN-PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PRN N Sembilan: Ujian penting persefahaman BN-PN​

380d56c5-salleh-said-keruak-fmt-resize-130726-1.jpg

Salleh Said Keruak berkata, persefahaman BN-PN membolehkan parti lebih kuat di setiap kawasan memimpin saingan.

Salleh berkata, pakatan pilihan raya itu akan memberi tumpuan kepada usaha mengelak saingan tiga atau pelbagai penjuru yang tidak perlu, mengurangkan perpecahan undi, dan membenarkan parti lebih kuat di setiap kawasan memimpin saingan.

“Pendekatan ini memberikan keanjalan kepada BN dan PN. Keduanya boleh mengekalkan identiti, kepimpinan, dan dasar masing-masing sambil bekerjasama dalam perkara melibatkan pertindihan kepentingan pilihan raya mereka,” kata Salleh, yang juga bekas ketua menteri Sabah.

Salleh berkata, kerjasama dengan PN berpotensi membantu BN menyatukan undi Melayu, terutamanya di kerusi di mana dua gabungan itu berebut asas pengundi sama.

Namun, ketidakpastian terbesar dalam sebarang aturan BN-PN ialah pemindahan undi kerana persetujuan antara pemimpin parti tidak bermakna penyokong akan turut mengikut langkah sama.

“Kejayaan akan bergantung kepada usaha mengurangkan perpecahan undi, sambil memastikan setiap parti mengekalkan keyakinan penyokong tegar masing-masing,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan, BN bertanding di 25 DUN, manakala PN bertanding di baki 11 kerusi. PH pula bergerak solo dan bertanding di semua 36 kerusi.

BN dan PH kekal sebagai sekutu di peringkat persekutuan, manakala PN berada di blok pembangkang.
 
Back
Top
Log in Register