BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada gabungan baharu, BN-PN hanya persefahaman hadapi PRN, kata Tok Mat

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tiada gabungan baharu, BN-PN hanya persefahaman hadapi PRN, kata Tok Mat​

ecf90a85-8_mohamad_hasan_barisan_nasional_rembau_moganraj_fmt_23072026-copy-2.jpg

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata, perpecahan undi Melayu sebelum ini jadi cabaran utama yang perlu ditangani, justeru persefahaman antara BN dan PN dilihat sebagai langkah kurang pertembungan sesama sendiri.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata, fokus utama adalah mencari titik persamaan antara BN dan PN dalam menghadapi pilihan raya, tanpa mewujudkan satu gabungan baharu yang melibatkan kedua-dua parti.

Kerjasama itu, katanya, bertujuan memastikan undi Melayu tidak terus berpecah sehingga memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

“BN tidak berhasrat untuk membentuk gabungan baharu. Apa yang dibincangkan ialah persefahaman supaya kita dapat masuk pilihan raya bersama dan mengelakkan undi Melayu terus berpecah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program ‘Santai Bersama Tok Mat Hasan’ di DUN Chembong sempena PRN Negeri Sembilan.

“Saya tidak ada rasa ataupun ada jangkaan bahawa akan ada kolaborasi baru yang akan dilakukan oleh BN. Kita cuma mengadakan persefahaman untuk mengharungi pilihan raya ini.”

Mohamad menambah, perpecahan undi Melayu sebelum ini menjadi antara cabaran utama yang perlu ditangani, justeru persefahaman antara BN dan PN dilihat sebagai satu langkah untuk mengurangkan pertembungan sesama sendiri.

Tambahnya, keputusan mengenai bentuk kerjasama itu perlu mengambil kira kepentingan politik jangka panjang serta kestabilan negara menjelang pilihan raya akan datang.

Terdahulu dilaporkan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin mencadangkan supaya kerjasama PN dan BN dinamakan Perikatan Barisan Nasional (PBN) bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.

BN dan PN, tanpa Bersatu, membentuk persefahaman untuk menghadapi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, di mana BN bertanding di 25 kerusi, manakala parti komponen PN, termasuk PAS, Wawasan, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), meletakkan calon di 11 kerusi.
 
Back
Top
Log in Register