BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PN setuju BN jadi MB N Sembilan jika menang PRN, kata Jalaluddin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PN setuju BN jadi MB N Sembilan jika menang PRN, kata Jalaluddin​

f82a9649-5_jalaluddin_alias_calon_bn_pertang_moganraj_fmt_19072026-copy-2.jpg

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias dalam program Hari Kemahiran Kemas di Felda Pasoh 4.

Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata BN menghargai pendirian pimpinan PN yang membuat deklarasi awal berhubung perkara itu.

“Kita tidak ada bincang siapa nak jadi menteri besar. Malah, saya ucapkan terima kasih kepada pimpinan PN kerana buat deklarasi awal untuk menyerahkan jawatan menteri besar kepada Umno dan BN.

“Kita (BN-PN) tidak ada berbincang siapa calon yang akan jadi menteri besar. Malah, kita juga tidak berbincang soal berapa kerusi exco kerana hasrat kita ialah mencipta kejayaan sebanyak mungkin terlebih dahulu,” katanya ditemui selepas hadir program Hari Kemahiran Kemas di Felda Pasoh 4.

Beliau yang juga calon BN DUN Pertang berkata, keutamaan ketika ini ialah membentuk persefahaman kukuh bagi memastikan kemenangan sebelum sebarang rundingan mengenai pembahagian jawatan dibuat.

“Hasrat kita ialah mencipta kejayaan sebanyak mungkin terlebih dahulu. Selepas itu barulah kita fikirkan soal jawatan dan kedudukan yang boleh menguatkan kerajaan negeri, bukannya memenuhi kehendak atau nafsu seseorang.

“Kita mahu membentuk pentadbiran yang berkeupayaan mengurus tadbir kerajaan negeri dengan baik. Jika seseorang itu tidak layak memegang sesuatu jawatan, kita tidak akan melantiknya semata-mata untuk memenuhi kuota,” katanya.

Ditanya sama ada beliau antara calon menteri besar, Jalaluddin berkata BN mempunyai ramai pemimpin layak dipertimbangkan jika diberi mandat mentadbir negeri.

“Calon kita ramai. Kita ada Tok Mat (Mohamad Hasan), Jalaluddin Alias, Sufian Mat Razif dan ramai lagi. Terpulang kepada pengerusi BN membuat pilihan. Jangan risau, kita ada ramai pemimpin berkelayakan,” katanya.

BN-PN membentuk kerjasama bagi PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini dengan masing-masing meletakkan calon di 25 dan 11 kerusi daripada 36 DUN.
 
Back
Top
Log in Register