BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN umum MB N Sembilan selepas menang PRN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

BN umum MB N Sembilan selepas menang PRN​

31917804-jalaluddin-alias-bernama-180726.jpg

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata BN ada beberapa calon diangkat sebagai menteri besar negeri itu. (Gambar Bernama)

Jalaluddin berkata, BN tidak ketandusan calon untuk diangkat sebagai menteri besar tetapi keputusan itu akan ditentukan kepimpinan tertinggi gabungan, lapor Astro Awani.

“Kita ada beberapa calon dan kita tidak kekurangan tokoh untuk menerajui kerajaan negeri.

“Tentunya apabila kita sudah mencapai kejayaan, kepimpinan BN akan menentukan siapakah yang layak dipilih sebagai menteri besar bagi mengetuai kerajaan negeri,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Jalaluddin antara nama disebut sebagai calon menteri besar jika BN berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

Dalam PRN Negeri Sembilan ke-16, Jalaluddin berdepan saingan tiga penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi DUN Pertang bagi penggal ketiga.

Beliau akan dicabar calon Pakatan Harapan, Umry Abdul Khois, dan Bersatu, Faizal Fadli Idrus.

DUN Pertang terletak bawah Parlimen Jelebu yang diwakili Jalaluddin sejak 2018.
 
Back
Top
Log in Register