afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS tiada masalah lawan Bersatu PRN N Sembilan
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah yakin ‘pengundi lebih jelas membuat pilihan’ mengulas kemungkinan parti itu bertembung dengan Bersatu menjelang PRN Negeri Sembilan. (Gambar Facebook)
Naib Presiden Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pertandingan antara parti menjadi perkara biasa dalam politik.
“Kalau Bersatu akan bertanding di kawasan yang sama, kita lawanlah, tidak ada masalah.
“Adatlah, kalau pertandingan kita lawan,” katanya menurut Sinar Harian, di Kota Bharu.
Semalam, PAS mengumumkan lima calon pada PRN Negeri Sembilan di Serting, Ampangan, Lobak, Paroi, dan Bagan Pinang.
Kelmarin, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata partinya akan meletakkan calon atas lambang sendiri pada PRN Negeri Sembilan, selain menzahirkan kekesalan dan kekecewaan Bersatu terhadap PAS.
Katanya, mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi PN untuk PRN Negeri Sembilan, yang berlangsung pada 12 Julai, ditangguhkan kerana PAS mahu mengadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Amar berkata, tindakan Bersatu menggunakan lambang sendiri mempunyai pro dan kontra, tetapi menjelaskan dari sudut positif, ‘pengundi lebih jelas membuat pilihan’.
“Kalau kita ambil sudut positif, pengundi lebih jelas membuat pilihan. Namun, dari sudut negatif, ia mungkin memecahkan undi kepada PN kerana Bersatu masih sebahagian gabungan,” katanya.