BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Negeri Sembilan : Bersatu Guna Logo Sendiri, Umum Calon Jumaat - Muhyiddin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

PRN Negeri Sembilan : Bersatu Guna Logo Sendiri, Umum Calon Jumaat - Muhyiddin​

c25abd2ce7a8401e68613de7c59d6aae642ebb9b262ca


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 berbanding lambang Perikatan Nasional (PN) sebelum ini , kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan pendirian PAS untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN berkenaan, selain Bersatu tidak dilibatkan dalam perbincangan pembahagian kerusi PN.

Muhyiddin berkata Bersatu berpandangan sebarang keputusan berkaitan dasar dan hala tuju PN sepatutnya diputuskan oleh Majlis Tertinggi PN, namun sehingga kini badan itu masih belum dipanggil bermesyuarat.

Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi PN yang dijadualkan berlangsung pada 12 Julai bagi memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti anggota juga ditangguhkan tanpa tarikh baharu.

"Malangnya, sehingga kini Majlis Tertinggi PN tidak dipanggil bermesyuarat dan Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi PN yang sepatutnya diadakan pada 12 Julai juga ditangguhkan tanpa tarikh baharu untuk memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti anggota PN," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di sini malam ini.

Beliau berkata kegagalan Pengerusi PN memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi ketika gabungan itu berdepan PRN Negeri Sembilan amat dikesali dan bercanggah dengan Perlembagaan PN.

Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, katanya turut memberi mandat kepadanya untuk membenarkan calon parti lain menggunakan logo Bersatu pada PRN itu, tertakluk kepada permohonan rasmi dan penelitian jawatankuasa parti.

"Parti-parti ini perlu mengemukakan surat rasmi kepada kami. Jawatankuasa akan meneliti permohonan itu dan jika dianggap sesuai, kita akan beri kebenaran," katanya.

Beliau berkata senarai penuh calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan akan dimuktamadkan esok sebelum diumumkan pada Jumaat.

 
Bersatu kena khianat dengan Pas gitu je. Faham2 saja lah Bersatu. Duduk dalam PN tapi tak dipanggil berbincang tentang pembahagian kerusi bila dah dekat hari pencalonan dah. Kesian...
 
Back
Top
Log in Register