kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Bersatu Umum 16 Calon Bertanding Pada PRN Johor
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa bergambar kenangan bersama 16 orang calon Bersatu pada Ceramah Umum dan Majlis Pengumuman Calon Bersatu Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan senarai 16 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Pengumuman dibuat pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu dan Ceramah Umum di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh, Taman Pagoh Jaya, di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada Sabtu ini, manakala hari pengundian pada 11 Julai selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lepas.
Senarai calon Bersatu bagi PRN ke-16 adalah seperti yang berikut:
N4 Kemelah: Uzzair Ismail
N7 Bukit Kepong: Datuk Dr Sahrudin Jamal
N8 Bukit Pasir: Mohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin
N11 Serom: Mahfidz Omar