combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bersama Umum 15 Calon Bertanding PRN Johor Ke-16
JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) — Parti Bersama Malaysia (Bersama) hari ini mengumumkan seramai 15 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Pengumuman dibuat oleh presiden parti itu Syukri Razab pada Majlis Pengumuman Calon Bersama dan Pelancaran Trak Kancil PRN Johor, di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lepas.
Senarai calon Bersama bagi PRN Johor ke-16 adalah seperti berikut:
N14 Bukit Naning: Iskandar Md Alias
N29 Mahkota: Abd Hamid Ali
N40 Tiram: Harith Fakhrudin Abdul Malek