kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
172 Calon Layak Bertanding PRN Johor - SPR
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun (tengah) bercakap pada sidang media berhubung urusan penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sebanyak 172 calon daripada pelbagai parti politik layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas proses penamaan calon selesai di 56 pusat penamaan calon hari ini.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata sebanyak 172 kertas penamaan calon diterima dan disahkan layak bertanding selepas tempoh penyerahan kertas penamaan ditutup pada 10 pagi, selain tiada pencalonan ditolak.
“Bilangan calon yang bertanding mengikut jantina ialah 138 calon lelaki dan 34 calon wanita,” katanya pada sidang media hari ini.
Pecahan calon mengikut parti menyaksikan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan masing-masing mempertaruhkan 56 orang calon, Perikatan Nasional (33), Parti Bersama Malaysia (15), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (empat), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang manakala Bebas (enam).
Ramlan berkata sebanyak 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu, 27 DUN (tiga penjuru), 12 DUN (empat penjuru) dan tiga DUN (lima penjuru).
