BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

103 calon rebut 36 kerusi PRN Negeri Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

103 calon rebut 36 kerusi PRN Negeri Sembilan​

492be7a5-sidang-media-pengerusi-spr-ramlan-harun-di-dewan-kem-mahkota-kluang-2.jpg

Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata seramai 103 calon termasuk empat bebas akan bertanding PRN Negeri Sembilan.

Dalam sidang media, Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata PRN kali ini menyaksikan pertandingan di semua 36 DUN, dengan blok kerajaan dan pembangkang masing-masing mengemukakan calon di seluruh negeri.

Pakatan Harapan (PH) menampilkan 36 calon manakala Barisan Nasional (BN) meletakkan 25. Diikuti Bersatu dengan 24 calon, Perikatan Nasional (PN) 11 calon, serta masing-masing seorang daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia dan Berjasa.

Empat calon bebas turut mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.

Senarai penuh calon terdiri 94 lelaki dan sembilan wanita.

PRN kali ini menyaksikan 11 pertandingan satu lawan satu, 21 saingan tiga penjuru, dua pertembungan empat penjuru dan dua pertandingan lima penjuru.

Pertandingan empat penjuru di Jeram Padang dan Rahang, manakala lima penjuru pula di Nilai dan Sri Tanjung.

Calon paling tua adalah daripada PH di Gemencheh, Abd Latif A Tambi, berusia 70 tahun, manakala paling muda calon Bersatu di Sri Tanjung, M Leevineshwaran, berumur 23 tahun.

Seramai 889,490 pengundi di Negeri Sembilan layak menunaikan tanggungjawab. Pengundian awal akan diadakan pada 28 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan 1 Ogos.
 
Back
Top
Log in Register