BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Negeri Sembilan: MCA Tanding Tujuh, MIC Empat Kerusi - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PRN Negeri Sembilan: MCA Tanding Tujuh, MIC Empat Kerusi - Ahmad Zahid​

f5348cd4d5e7db51d311f0b6b3d37b916a54a371427aa

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada pemberita pada Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW Ke Worldskills Shanghai 2026 di sebuah hotel hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Barisan Nasional (BN) memperuntukkan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada MCA manakala empat kerusi diserahkan kepada MIC pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata formula pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen itu dibuat dengan mengambil kira unjuran potensi kemenangan calon di kawasan masing-masing.

"Tadi saya berjumpa dengan semua bakal calon yang menandatangani aku janji dan juga melakukan baiah dengan saya selaku Pengerusi BN.

“Ini lazim dilakukan setiap PRN ataupun Pilihan Raya Kecil (PRK) serta Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bakal calon-calon BN di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, dijadual mengumumkan senarai calon BN di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, di sini malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada 18 Julai, diikuti pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian 1 Ogos.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-15, BN memenangi 14 kerusi manakala Pakatan Harapan 17 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi.

 
ada baiah jgk
bkn sblm ni kutuk baiah PAS ke :LOL:
 
Back
Top
Log in Register