combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
BN Sesuaikan Strategi Politik, Formula Calon Hadapi PRN Negeri Sembilan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada pemberita pada Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW Ke Worldskills Shanghai 2026 di sebuah hotel hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perbezaan demografi dan corak pengundian di Negeri Sembilan menjadi antara faktor yang akan menentukan strategi politik serta formula pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata pendekatan itu diambil memandangkan terdapat perbezaan dari segi jumlah kerusi dan komposisi penduduk di negeri berkenaan berbanding negeri-negeri lain.
"Situasi di Negeri Sembilan tentunya berbeza kerana jumlah kerusi, demografi penduduk dan corak pengundian juga berbeza. Formulanya perlu disesuaikan dengan situasi politik di Negeri Sembilan. Kita akan umumkan calon-calon pada minggu ini," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat bersama kontinjen TVET@KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) ke Worldskills Shanghai 2026 di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu berkata kemenangan BN pada PRN Johor pada Sabtu dicapai menerusi kecekalan minda serta kreativiti emosi dalam menghadapi cabaran sepanjang kempen.
Beliau berkata pendekatan tenang dan matang menjadi antara faktor kejayaan BN, selain menegaskan strategi berbeza akan digunakan bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.
Mengulas rundingan kerjasama dengan PAS termasuk cadangan calon Menteri Besar Negeri Sembilan, Presiden UMNO itu berkata tiada sebarang perjanjian rasmi antara kedua-dua pihak berhubung perkara itu, sebaliknya hanya bersifat persefahaman sebelum dimuktamadkan.
“Tidak semuanya harus diterima sebagai satu kenyataan yang tepat. Kerana kita tidak ada sebarang perjanjian dengan PAS. Cuma kalau ada perbincangan pun sekadar understanding atau persefahaman dan kita tidak memuktamadkan sebarang perbincangan itu.
“Kita lihat perkembangan. Sebab di Johor, kita melihat apa yang dinyatakan oleh mereka berbeza dengan realiti sebelum hari pengundian, terutamanya pada hari penamaan calon dan hari pengundian. Saya anggap itu sebagai kenyataan politik oleh mereka,” katanya.
Loading…
www.bernama.com