BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor​

193e413e8c221d88dee7b94fd15eebd56a42416ddc60d

Kredit: FB Zahid Hamidi

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh pengundi dan rakyat Johor untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi laman web prnjohor.com

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata platform digital berkenaan membolehkan orang ramai mengenali calon BN di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), manifesto, perkembangan kempen dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya itu.

“Mari bersama-sama membuat pilihan berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih. Insya-Allah semoga yang terbaik buat Johor Darul Ta'zim," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

 
Back
Top
Log in Register