BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejayaan PRN Johor Jadi Pembakar Semangat BN Cipta Kemenangan Di N. Sembilan - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kejayaan PRN Johor Jadi Pembakar Semangat BN Cipta Kemenangan Di N. Sembilan - Ahmad Zahid​

5c018e546dd42d7a24333a08179d6d266a57a4582c248

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan pemimpin tertinggi, ahli serta dan penyokong parti pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN di pekarangan Parkir Stadium Paroi.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kejayaan di Johor perlu dijadikan pembakar semangat untuk Barisan Nasional (BN) bekerja lebih kuat dan tersusun bagi melakar kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata untuk itu, seluruh jentera diseru turun ke gelanggang menziarahi setiap rumah dan mendekati seramai mungkin pengundi.

“Kemenangan besar BN di Johor dengan mendapat 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), memperoleh hampir 60 peratus undi popular serta mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah BN di negeri itu, membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang mampu menawarkan kestabilan politik, memacu pembangunan ekonomi dan mentadbir secara bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Jentera BN dan pengumuman calon bagi PRN Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan gabungan itu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata selain itu, kejayaan di Johor juga dicapai hasil semangat kebersamaan seluruh keluarga besar BN yang bergerak sebagai satu pasukan, saling mempercayai dan saling melengkapi, dan formula yang sama perlu diterapkan pada PRN Negeri Sembilan.

“Tinggalkan segala perbezaan, padamkan segala rasa kecil hati dan satukan seluruh kekuatan di bawah satu panji perjuangan. Apabila kita bersatu, rakyat akan kembali yakin. Apabila rakyat kembali yakin, insya-Allah kemenangan akan menjadi milik BN,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua jentera parti supaya tidak terlalu memikirkan soal calon sehingga mengabaikan tanggungjawab lebih besar iaitu memastikan kemenangan BN.

“Jangan terlalu sibuk memikirkan dapat jadi calon atau tidak sehingga terlupa tugas yang lebih besar iaitu memenangkan BN di tempat masing-masing.

“Siapa pun calon yang diputuskan, siapa jua yang akan jadi calon Menteri Besar, tugas jentera tetap sama. Rapatkan saf, kuatkan gerak kerja, susun penerangan dan yakinkan rakyat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register