BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN boleh ulang kejayaan Johor di N Sembilan, kata Salleh

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

BN boleh ulang kejayaan Johor di N Sembilan, kata Salleh​

380d56c5-salleh-said-keruak-fmt-resize-130726-1.jpg

Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata isu tempatan, sentimen pengundi dan pilihan calon menteri besar akan mempengaruhi keputusan PRN Negeri Sembilan.

Bendahari Umno Sabah itu berkata, landskap politik di Negeri Sembilan berbeza kerana ia ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan awal bulan lalu.

“Isu tempatan, sentimen pengundi dan persoalan calon menteri besar juga boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya,” katanya dalam catatan Facebook.

BN mempertahankan Johor pada Sabtu lalu selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi ditandinginya, manakala baki lapan kerusi dimenangi PH.

Salleh berkata, jika BN berhasrat membentuk kerajaan di Negeri Sembilan, rundingan kerusi perlu berdasarkan faktor kebolehmenangan.

Ini kerana, katanya, pertandingan pelbagai penjuru hanya akan memecahkan undi dan mengurangkan peluang kejayaan BN.

“Agihan kerusi hendaklah mengambil kira kekuatan parti di setiap DUN, rekod pilihan raya, keupayaan jentera, kualiti calon serta sumbangan setiap parti kepada gabungan. Kejayaan tidak diukur berdasarkan jumlah kerusi yang ditandingi, tetapi jumlah kerusi yang dimenangi.”

Pada PRN Negeri Sembilan lalu, BN memenangi 14 daripada 17 kerusi ditandinginya dan menubuhkan kerajaan negeri bersama PH.

Negeri Sembilan akan mengundi pada 1 Ogos ini.
 
Back
Top
Log in Register