BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCA ‘paling rugi’ pakatan BN-PN di N Sembilan, kata Loke

afwan83

Active+ Member
Messages
3,222
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,222
Reaction score
12
Points
25

MCA ‘paling rugi’ pakatan BN-PN di N Sembilan, kata Loke​

108d629e-anthony-loke-sidang-media-kempen-calon-ph-pasar-besar-seremban-4.jpg

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook bercakap kepada wartawan ketika menemani calon parti itu menyantuni pengundi di Pasar Besar Seremban.

Menurutnya, MCA menyerahkan Lobak, Mambau serta Lukut kepada PN sebagai pertukaran untuk pertandingan satu lawan satu di kerusi lain, tetapi strategi itu diganggu calon Bersatu.

Tegasnya, tiga kerusi itu kekal penting kepada MCA dan DAP, dengan Lobak mempunyai peratusan pengundi Cina tertinggi dalam semua DUN di Negeri Sembilan, manakala Lukut dan Mambau pernah disandang tokoh kanan MCA.

“Saya berterima kasih kepada Wee Ka Siong, dia begitu murah hati. Bagi saya, saya mengaku (jika kita berada dalam kedudukan sama), parti kita tak murah hati macam dialah.

“Untuk kerusi tradisi kita, kalah pun kita lawan. Jadi, percaturan ini nampaknya dia amat murah hati. Terpulang kepada ahli-ahli MCA untuk menilai,” katanya secara berseloroh selepas menemani calon DAP menyantuni pengundi di Pasar Besar Seremban.

BN bertanding 25 dkerusi dan baki 11 DUN ditandingi PN pada PRN 1 Ogos ini.

DUN Lobak, Mambau dan Lukut yang merupakan kubu kuat DAP, antara kerusi yang diserahkan BN kepada PN.

Pada PRN kali ini, MCA bertanding di tujuh kerusi, kebanyakannya membabitkan pertandingan satu lawan satu, kecuali di Nilai, Temiang dan Rahang yang turut ditandingi calon Bersatu.

Wee berkata, keputusan parti itu tidak bertanding di Lobak, Mambau dan Lukut dibuat berdasarkan pertimbangan pilihan raya, di mana MCA gagal memenangi kerusi terbabit dalam tiga pilihan raya lalu.

Beliau berkata, MCA memilih untuk menumpukan sumbernya pada kerusi mempunyai peluang kemenangan lebih tinggi dan langkah itu boleh dilihat sebagai membantu DAP.

Loke mengakui pakatan BN-PN merupakan cabaran terbesar buat PH kerana ia direka untuk mengalahkan gabungan itu dengan mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan pengundi Melayu dan membolehkan pemindahan undi antara BN serta PN.

“Namun begitu, kita tetap akan memberikan saingan segit di setiap kerusi dan memang peluang PH masih ada untuk menang majoriti kerusi di Negeri Sembilan. Jadi, kita akan terus berkempen sebagai satu pasukan.”
 
Back
Top
Log in Register