BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCA tanding 7 DUN, MIC 4 di PRN N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

MCA tanding 7 DUN, MIC 4 di PRN N Sembilan​

15c1e313-ahmad-zahid-hamidi-bn-sabah-fmt-291125-resize.jpg

Pengerusi BN Zahid Hamidi dijadual umum senarai penuh calon gabungan itu yang akan bertanding di PRN Negeri Sembilan malam ini.

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata formula pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen itu dibuat dengan mengambil kira unjuran potensi kemenangan calon di kawasan masing-masing.

“Tadi saya berjumpa dengan semua bakal calon yang menandatangani aku janji dan juga melakukan baiah dengan saya selaku pengerusi BN.

“Ini lazim dilakukan setiap PRN ataupun PRK serta PRU,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bakal calon-calon BN di Wisma Umno Negeri Sembilan.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri, dijadual mengumumkan senarai calon BN di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada 18 Julai, diikuti pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian 1 Ogos.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-15, BN memenangi 14 kerusi manakala Pakatan Harapan 17 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi.
 
Back
Top
Log in Register