BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berjasa mahu tanding 15 kerusi di PRN N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Berjasa mahu tanding 15 kerusi di PRN N Sembilan​

c9e8e762-presiden-berjasa-zamani-ibrahim-fb-pic-170626.jpg

Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata parti itu juga sudah mengenalpasti kerusi DUN yang bakal ditandingi serta calon-calon yang akan dipilih bagi mewakili parti itu. (Gambar Facebook)

Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata parti itu juga sudah mengenalpasti kerusi DUN yang bakal ditandingi serta calon-calon yang akan dipilih bagi mewakili parti itu nanti, lapor Sinar Harian.

“Perkara yang lebih penting ialah memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi antara Berjasa dengan parti-parti yang menjalin kerjasama.

“Kita tidak mahu bertanding dalam keadaan kita banyak memecahkan undi. Tapi kami sasarkan 15 kerusi DUN dan setelah dipersetujui bersama rakan-rakan parti lain, itulah keputusannya,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Zamani berkata Berjasa akan akan memberi keutamaan kepada pemimpin dan ahli Berjasa sendiri untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya tersebut.

“Kita mempunyai ramai tokoh dalam parti, termasuk doktor, jurutera, pesara kerajaan, golongan profesional dan agamawan yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon,” katanya yang memberitahu beliau juga akan bertanding dalam PRN itu.

Berkenaan logo yang akan digunakan Berjasa pada PRN, Zamani berkata ia akan diputuskan selepas berunding dengan PAS.

Zamani turut memaklumkan Berjasa tidak akan meletakkan calon di PRN Johor sebaliknya akan memberi tumpuan membantu gerak kerja pilihan raya melalui jentera di sana.

PRN Johor dijadualkan 11 Julai depan manakala, 1 Ogos untuk pengundian di Negeri Sembilan.
 
Back
Top
Log in Register