BTC USD 81,274.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Poll] Tipu Daya Bisnes Online

Ya, saya pernah ditipu oleh...


  • Total voters
    0

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
Sama ada penjual atau pembeli, pasti akan ada taktik untuk menipu semata-mata mahu dapatkan wang segera. Jika sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu kini bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian.

Pembeli menipu

Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka. Objektifnya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan barangan ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya berminat dengan barangan terbabit.

Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap dipasang, penyangak sanggup menawarkan bayaran yang lebih tinggi daripada harga asal. Taktik popular dengan memberitahu wang pembelian sudah dimasukkan dan pembayaran itu ‘sangkut’ atas alasan tertentu. Hakikatnya, wang belum dimasukkan dan e-mel bank diterima juga palsu.


Helah peniaga

Keseronokan membeli barang di atas talian membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan yang dianggap mudah, cepat dan menjimatkan bagi mendapatkan produk mahupun perkhidmatan. Lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ini, pembelian secara atas talian meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai promosi oleh peniaga yang mengambil peluang sempena kedatangan Aidilfitri ini.

Trend pembelian melalui atas talian yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui Pos Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Pos Laju.

Dalam satu laporan disediakan agensi berita tempatan yang menemu bual Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim sebagai berkata, trend itu semakin ketara sejak tiga tahun lalu apabila jumlah mengepos barangan meningkat dalam tempoh itu. Pada 2011, sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada 2012 dan terus meningkat kepada 40 juta pada tahun lalu. Kebiasaannya pada bulan Ramadan akan berlaku peningkatan pengeposan antara 25 hingga 30 peratus terutama dua minggu terakhir sebelum hari raya, katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin memaklumkan, Internet yang digunakan masyarakat untuk mencari, berkongsi maklumat dan berkomunikasi disalahgunakan untuk aktiviti jenayah seperti penipuan Internet.

Bagi tahun 2011, PDRM menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan yang membabitkan kerugian RM18.9 juta. Pada 2012 pula, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang dilaporkan menurun kepada 814 kes. Bagi tempoh Januari hingga Mei 2013, sebanyak 381 kes dilaporkan dengan kerugian RM14.1 juta.

Antara kes membabitkan penjualan barang tipu di laman e-dagang, barang yang dijual tidak menyamai spesifikasi dipaparkan di Internet dan tidak menghantar barang yang dibeli meskipun bayaran sudah dibuat.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Tipudayabisnesonline/Article
 
Last edited:
Malaysia masih lagi tak sesuai untuk berbisnes online sepenuhnya kerana pengguna internet termasuk saya masih lagi bermentalkan rakyat dunia ketiga
 
kat lelong guna netpay gateway memang takleh nak tipu2 bank in
 
Syukur alhamdulillah setakat ni blm pernah ditipu untuk urusan jual beli barang.. tp pernah tertipu dlk pelaboran.. kusangkakaj panas smp ke petang tp hujan ditenghari... :((
 
ak kedekut. brg atas rm100 ak akan cari seller sebole2 cod

buyer yg suh pos dlu baru bankin tu biasa la..slu sgt nak try..tipu je ckp dh pos..die mtk trackg no bg je yg salah
 
Malaysia masih lagi tak sesuai untuk berbisnes online sepenuhnya kerana pengguna internet termasuk saya masih lagi bermentalkan rakyat dunia ketiga

Ya, rakyat negara kita masih berfikiran seperti penduduk negara dunia ketiga. Masih nak beli guna sms dan whatsapp walaupun sistem shopping cart dan bayaran secara terus ada.

Perbankan internet pun banyak orang takut guna. Kalau takut dan tidak mahu ambil tahu menjadikan mereka lagi senang kena tipu dengan scammer. Diaorang guna maklumat mangsa untuk buka akaun dan bawa lari duit sikit-sikit secara senyap.

Yang heran tu, ramai masih tidak ada akaun bank. Biar benar? Orang bankrupt pun boleh buka akaun di Al-Rajhi.

kat lelong guna netpay gateway memang takleh nak tipu2 bank in

Ya ke bro? Berapa netpay gateway caj untuk transaksi? Percentage ke fixed amount? Lepas tu ada apa-apa caj tersembunyi yang lain tak macam withdrawal fee paypal.
 
Belm pernah kena lagi.. setakat kes pelik2 buyer bankin kat seller lain.. pastu buyer minta barang kat aku... pernah pos dah tapi halalkan aje la..
 
Belm pernah kena lagi.. setakat kes pelik2 buyer bankin kat seller lain.. pastu buyer minta barang kat aku... pernah pos dah tapi halalkan aje la..

Itu pun sejenis scam bro.

Biasanya scammer akan jual barang konon konsep dropship. Dia buka laman web atau fb lain dengan tujuan tipu orang.

Dia ambik duit pembeli, pastu suruh pembeli minta barang dekat dropshipper. Kalau dropshipper tak minta bukti bayaran dan tak semak nombor akaun bank penerima betul-betul, memang terkena.

Dia untung atas angin 100%. Kes ini biasa diaorang buat zaman produk digital macam ebook. Pemilik ebook taknak pembeli bising dan kutuk produk dia jadi terpaksa beri percuma.

Kalau produk fizikal ni... orang yang baik hati macam bro je yang bagi.
 
Back
Top
Log in Register