BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis cari lelaki rakam foto bawah kain wanita di pusat beli-belah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201





KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merakam gambar dari bawah kain beberapa pelanggan wanita di sebuah premis beli-belah di Subang Jaya, dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Ahad lalu, kira-kira jam 1.16 tengah hari.

"Video tular memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit disyaki merakam atau mengambil gambar di bawah 'skirt' pelanggan wanita di sebuah premis membeli-belah di Subang Jaya.

"Hasil siasatan awal mendapati video itu ditularkan melalui media sosial Facebook atas nama Yixin Siew dan Instagram atas nama yixin_0111," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan serta mengenal pasti mangsa dan suspek yang terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang video yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Asisten Superintendan Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau 03-78627222.

Menerusi rakaman video tular yang dipercayai daripada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, seorang lelaki dilihat menghampiri beberapa wanita dari belakang sebelum mencangkung kononnya untuk memilih barangan.

Bagaimanapun lelaki terbabit dipercayai menghalakan telefon bimbit ke arah bawah kain mangsa sebelum beredar dari lokasi sejurus selepas kejadian.

Artikel➡️ Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register