BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua pemandu kereta bergaduh depan pusat beli-belah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Tular dua pemandu kereta bergaduh depan pusat beli-belah


JOHOR BAHRU – Tular insiden dua pemandu kereta bergaduh depan sebuah pusat beli-belah di Skudai di sini, Sabtu lalu.

Video 46 saat itu memaparkan rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang menunjukkan keadaan ketika insiden berlaku dengan seorang lelaki sedang memarahi seorang pemandu yang berada dalam kereta.

Lelaki terbabit dilihat seolah menumbuk pemandu di dalam kereta, sambil ditenangkan seorang wanita dan seorang penunggang motosikal.


Lelaki terbabit kemudian masuk semula ke dalam keretanya bersama wanita bekenaan dan beredar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, siasatan mendapati kedua-dua pemandu kereta tersebut merupakan lelaki tempatan berusia 35 dan 39 tahun.

“Kejadian perselisihan faham itu berlaku pukul 5 petang selepas seorang pemandu kereta mendakwa dihalang sebuah kereta lain di laluan masuk pusat beli-belah itu.

“Insiden ini membabitkan dua buah Proton Saga yang berlaku ketika kereta tiba di persimpangan pusingan U berhampiran pusat beli-belah berkenaan.

“Pemandu Proton Saga FL 1.3 CVT mendakwa pemandu Proton Saga 1.3 Auto Premium S menghalang laluannya menuju ke pusat beli-belah berkenaan.

“Akibat daripada perkara itu, pemandu Proton Saga FL 1.3 CVT tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Proton Saga 1.3 Auto Premium berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, susulan itu kedua-dua lelaki terbabit membuat laporan polis pada pukul 6 petang, hari yang sama dan mereka kemudian menyelesaikan isu tersebut secara baik.

Pada masa sama, Radin Ramlan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa bersabar dan mengawal emosi ketika memandu serta mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan demi keselamatan dan keharmonian semua pengguna jalan raya.

Artikel MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register