BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis Kluang Pantas Cekup Suspek Rakam Video Tandas Wanita Pasar Raya

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201

14199473298724429-386068.jpg


Polis Kluang Pantas Cekup Suspek Rakam Video Tandas Wanita Pasar Raya


​KLUANG: Pihak polis mengambil masa kurang 30 minit untuk menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes merakam video di dalam tandas wanita di sebuah pasar raya terkemuka di sini, 26 Mac lalu.

​Kejadian yang berlaku pada jam 9.20 malam itu tular di media sosial sebelum tindakan pantas anggota Balai Polis Kluang berjaya menahan suspek berusia 18 tahun di dalam premis berkenaan pada jam 9.45 malam.

​Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh memaklumkan suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau, namun tetap dituduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan.

​Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah di sekitar daerah ini diminta menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222 atau talian kecemasan 07-7766822.
 
Back
Top
Log in Register